Kerajaan pertimbang tubuh majlis populasi menua kebangsaan - Timbalan Menteri
Iklan
Hanafiah Hajar Taib
SHAH ALAM - Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis populasi menua di peringkat kebangsaan bagi membangunkan 'ekonomi perak' dan merebut peluang yang wujud kesan daripada penuaan populasi.
Timbalan Menteri Ekonomi, Hanafiah Hajar Taib berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi dengan kerjasama semua kementerian dan agensi yang berkaitan dalam membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan atau National Ageing Blueprint, 2025 – 2045 (NAB).
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan telah memutuskan supaya Majlis Ekonomi Negara dijadikan platform mekanisme tadbir urus bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta NAB.
"Ini termasuk usaha meneroka peluang pertumbuhan ekonomi baharu kesan penuaan populasi negara ini.
Iklan
"Pada masa sama kerajaan menetapkan mekanisme tadbir urus sedia ada di bawah kementerian dan agensi pusat berkaitan bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta pemantauan pelaksanaan NAB ikut teras utama.
"Bagaimanapun cadangan menubuhkan majlis populasi menua di peringkat kebangsaan adalah baik dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan," katanya.
Iklan
Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai ( PH- Cheras) mengenai dasar dan intervensi strategik untuk memastikan populasi menua menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.
Hanafiah Hajar berkata demikian pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan (MQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tambah beliau, NAB telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 12 Februari 2025.
"Mesyuarat telah bersetuju supaya 11 langkah intervensi berimpak tinggi merentasi kementerian dan agensi dimulakan segera bagi menyediakan asas yang kukuh dalam mendepani penuaan populasi.
"Diharapkan, pelaksanaan strategi dan inisiatif yang dirangka dalam NAB dapat membantu negara meningkatkan bilangan penjaga berkemahiran dalam sektor penjagaan dan kadar penyertaan tenaga kerja berusia antara 60 hingga 65 tahun dalam pasaran buruh tempatan menjelang tahun 2030," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>