Pilihan raya PBT: Cabaran baharu jika dilaksana
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan mewujudkan satu cabaran baharu sekiranya ia dilaksanakan.
Pakar perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ia akan menyebabkan penyandang jawatan terus berkuasa serta sesiapa sahaja boleh menjadi calon walaupun tidak komited dengan aspirasi negara dan ketelusan dalam penyampaian dasar kerajaan.