Tidak perlu takut, beri kuasa rakyat pilih Datuk Bandar Kuala Lumpur
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Manimaran
SHAH ALAM - Cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur wajar dipertimbangkan bagi memberi kuasa kepada rakyat memilih pemimpin secara langsung, sekali gus memperkukuhkan amalan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan.
Penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran berkata, amalan demokrasi di negara ini masih belum menyeluruh kerana hanya melibatkan peringkat Persekutuan dan negeri, sedangkan kerajaan tempatan tidak dipilih secara langsung oleh rakyat.