Malaysia tidak tunduk tekanan AS
Iklan
Anwar pada sesi Jawapan Menteri pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan termasuk ancaman tarif tinggi daripada Amerika Syarikat (AS) hanya kerana pendirian tegas dalam membela Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, Malaysia tidak akan merubah pendirian dalam menyuarakan ketegasan dan pandangan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, negara masih mempunyai tempoh untuk berunding dengan beberapa pertimbangan besar yang diharapkan mampu membuahkan hasil yang baik.
“Benar, kerana kelantangan Presiden Brazil mengkritik AS berhubung isu genosid di Gaza, negara itu dikenakan tarif sebanyak 50 peratus. Kita belum berada dalam rundingan terakhir.
Iklan
“Dalam rundingan, ada beberapa pertimbangan besar, khususnya berkaitan semikonduktor dan cip, kerana 60 peratus pengeluaran kita dieksport ke AS.
“Tetapi pada masa yang sama, AS juga memerlukan cip dan semikonduktor dari Malaysia — merangkumi 25 peratus daripada keperluan mereka. Kita doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Iklan
“Apa pun kesannya, ugutan atau bantahan AS terhadap pendirian kita dalam isu Palestin, Gaza atau hubungan baik dengan Iran tidak akan mengubah pendirian tegas kita sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat untuk menyuarakan pandangan,” katanya dalam sesi Jawapan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda–Muar) yang ingin mengetahui sama ada Malaysia sedia untuk berkompromi sekiranya ketegasan dan kelantangan negara terhadap isu Palestin akan mengundang reaksi balas AS, termasuk kemungkinan pengenaan tarif tinggi.
Ini memandangkan Malaysia secara konsisten bersikap tegas dan lantang dalam melawan puak Zionis dan membela hak rakyat Palestin, malah kelantangannya dikatakan lebih tinggi berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Syed Saddiq turut memberi contoh tarif yang dikenakan oleh AS terhadap Brazil.
Terdahulu, Mohd Sany Hamzan (Amanah–Hulu Langat) turut meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah, khususnya dalam memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara.
Menjawab soalan tersebut, Anwar berkata, Malaysia secara konsisten menggunakan pelbagai platform antarabangsa untuk menyuarakan bantahan terhadap keganasan yang dilakukan oleh Israel.
“Dari segi Malaysia, tentu saya terbuka menerima nasihat ahli-ahli Parlimen — apa lagi yang perlu kita lakukan dari segi kelantangan suara dan bantuan. Hampir semua platform kita telah gunakan untuk menyuarakan perkara ini.
“Kita perluaskan lagi, tetapi tuntutan ini masih belum memberi kesan yang diharapkan. Pembunuhan dan keganasan masih diteruskan. Apa yang perlu dilakukan, kita telah lakukan.
“Israel satu-satunya negara pengganas di dunia ini yang nampaknya terus melakukan jenayah genosid dan keganasan tanpa disekat kerana didokong oleh AS,” katanya.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.