Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu

Iklan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berucap ketika hadir ke Madani Agro Excellence Awards di sebuah hotel hari ini- Foto Bernama

‎SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.

‎Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Iklan
Iklan

‎”Kita serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Madani Agro, di sini hari ini.

‎Semalam, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lepas.

Iklan

Saifuddin berkata, ‎sebanyak 47 individu ditahan berkaitan ‎kes itu dengan tiga telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan ‎akaun keldai.

Beliau yang tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai ‎penipuan berkaitan Agrobank dalam jawapan sama turut memaklumkan ia tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan itu.

Iklan

‎Siasatan terhadap 44 suspek lain masih ‎diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan ‎bantuan CyberSecurity serta Bank Negara. - Bernama