'Alhamdulillah' dilarang guna bagi bukan Islam - Peguam Syarie

Iklan
Zainul Rijal

SHAH ALAM - Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, larangan itu termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang diguna pakai oleh kebanyakan kerajaan negeri di negara ini.

Iklan
Iklan

"Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri walaupun tidak di Wilayah Persekutuan.

"Kalau orang bukan Islam mengucapkannya bagi merujuk agama bukan Islam, ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam," katanya dalam hantaran di Thread miliknya pada Khamis.

Iklan

Menerusi hantaran sama, beliau turut kongsikan tangkap layar mengenai senarai perkataan dan ekspresi yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama bukan Islam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada Rabu mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.

Iklan

Siti Zailah berkata, perbuatan tersebut seolah-olah mengelirukan masyarakat bukan Islam dan mempermainkan kesucian agama Islam.