[VIDEO] Malaysia belum terima permohonan Nick Adams jadi Duta AS

Iklan

KUALA LUMPUR – Malaysia masih belum menerima permohonan rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya setelah permohonan perjanjian (agreement) dikemukakan secara rasmi, barulah Kementerian Luar dan kabinet akan meneliti dan membuat keputusan sewajarnya.

Iklan
Iklan

“Berkaitan soalan tentang Nick Adams itu, kita belum terima lagi permohonan agreement daripada AS.

“Kita biar dahulu, tunggu bila mereka minta agreement. Sudah tentu Kementerian Luar, Wisma Putra akan memberikan pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke kabinet bagi keputusan akhir.

Iklan

“Kita belum terima lagi, setakat ini hanya dengar cakap. Kalau kita tolak sekarang, nanti orang kata permohonan pun belum diminta. Malu kita nanti. Jangan kita malu, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” katanya di Dewan Rakyat.

Mohamad Hasan

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang membangkitkan kebimbangan berhubung latar belakang Adams, termasuk pandangannya yang dilihat menentang perjuangan Palestin dan menyentuh sensitiviti Islam.

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Donald Trump telah mencalonkan Nick Adams – seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini merupakan warganegara AS – sebagai Duta Besar ke Malaysia.

Adams merupakan penyokong tegar Trump dan aktif berkempen untuknya dalam pilihan raya presiden 2024.

Jika dilantik, beliau bakal menggantikan Edgard Kagan, seorang diplomat profesional yang dicalonkan oleh Presiden Joe Biden pada Mei 2023.