KUALA LUMPUR - Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac.
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan, bantuan tersebut bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.