Van sekolah terbalik, kerajaan negeri arah siasatan segera - Exco
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai murid cedera selepas sekolah terbalik akibat terlanggar lubang. (Gambar kecil: Mohamad Fazli)
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memandang serius insiden kemalangan yang melibatkan sebuah van sekolah terbalik di Jalan Abdul Samad di sini pagi Jumaat, dipercayai akibat melanggar lubang 'manhole' yang tidak bertutup.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar ke sekolah.
Iklan
Iklan
“Saya amat sedih dengan kejadian ini dan mendoakan agar semua pelajar yang terlibat, khususnya mereka yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah, diberikan kesembuhan segera.
“Saya juga telah meminta wakil pejabat saya untuk segera menziarahi mangsa dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti punca sebenar lubang 'manhole' itu tidak bertutup, sama ada disebabkan kes kecurian atau kecuaian pihak kontraktor.
“Saya telah mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuai atau bertanggungjawab dalam hal ini.
Iklan
“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anak-anak sekolah dan pengangkutan awam,” katanya.
Tambahnya, kerajaan negeri akan melaksanakan audit segera terhadap infrastruktur jalan di kawasan berisiko, khususnya laluan yang sering digunakan pelajar dan kenderaan awam.
Sebelum itu, seramai 16 murid cedera termasuk patah tangan dan jari selepas van sekolah dinaiki terbalik dalam kemalangan di Jalan Abdul Samad pada pagi Jumaat.
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata mangsa membabitkan 10 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal dan masing-masing tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan serta SMK Mohd Khalid yang dalam perjalanan ke sekolah.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.