Lapan kedai, tiga kereta musnah dalam kebakaran
Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Jalan Waja 5, Taman Pandan, Johor Bahru pada Jumaat.
JOHOR BAHRU - Lapan buah kedai termasuk sebuah bengkel motosikal dan tiga kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Waja 5, Taman Pandan di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, 31 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Johor Jaya, Kempas dan Larkin bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.10 petang.
Beliau berkata operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin dan Ulu Tiram dengan kebakaran kedai melibatkan kemusnahan antara 50 hingga 90 peratus.
Iklan
"Turut musnah sebuah Proton Wira dan dua Proton Saga manakala tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.
"Kebakaran melibatkan struktur separuh kekal berkeluasan 100 x 50 kaki persegi dan kita berdepan kesukaran berikutan tekanan air rendah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Sementara itu, pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 60, tergamam melihat premis yang diusahakannya sejak 25 tahun lepas musnah sekelip mata.
"Saya keluar kira-kira 3.30 petang, tak lama selepas itu, ada orang telefon beritahu bengkel terbakar. Bila sampai, api sudah marak.
"Saya tak sempat selamatkan apa-apa, saya betul-betul sedih,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Wong berkata tiga buah motosikal milik pelanggan yang sedang dibaiki turut musnah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>