Polis terima laporan kes persenda Rukun Negara

Iklan
Tular rakaman klip pementasan teater yang dimuat naik pengguna Instagram, didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara. Gambar kecil: Fadil

KUALA LUMPUR - Polis menerima laporan berhubung satu video tular yang didakwa mempersendakan Rukun Negara.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat selepas video memaparkan satu persembahan pentas dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram yang dipercayai telah dipadam sebelum dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan pertama berhubung kes itu dibuat di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

"Namun siasatan kes akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Iklan

"Kita menjangkakan ada beberapa lagi laporan lain yang dibuat di seluruh negara dan akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju," katanya.

Video berkenaan memaparkan lima individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman selain mempersendakan lima prinsip Rukun Negara menerusi persembahan terbabit.

Iklan