Penceramah sebar video seks isteri pernah diberi tauliah namun ditarik balik

Iklan
Mohd Na'im (tengah) pada sidang media selepas hadir merasmikan Wacana Dakwah Al-Falah Memacu Ummah Madani Bersama Institusi Pondok di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai pada Ahad.

KUALA KRAI – Penceramah bebas yang sedang disiasat berhubung dakwaan penyebaran video seks membabitkan isterinya dan beberapa wanita lain, pernah diberikan tauliah namun telah ditarik balik oleh pihak berkuasa agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya berdasarkan maklumat yang diterima berhubung penceramah bebas terbabit.

Iklan
Iklan

“Dalam kes ini, kita berikan kepercayaan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang adil.

“Lebih baik tunggu siasatan dijalankan supaya tiada mana-mana pihak yang mungkin teraniaya apabila kita membuat keputusan atau penilaian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Dakwah Al-Falah: Memacu Ummah Madani Bersama Institusi Pondok di Pondok Sungai Durian di sini pada Ahad.

Iklan

Mohd Na'im (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil pondok pada Wacana Dakwah Al-Falah Memacu Ummah Madani Bersama Institusi Pondok di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai pada Ahad.

Mohd Na’im berkata, Jabatan Agama atau pihak berkuasa agama negeri akan menarik balik tauliah jika seseorang penceramah didapati terbabit dalam salah laku moral atau akhlak.

Iklan

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya menyemak terlebih dahulu latar belakang penceramah yang dijemput, sama ada bertauliah atau tidak.

Ujarnya, jangan hanya menilai berdasarkan bakat berkata-kata atau gaya penyampaian semata-mata.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga isteri kedua kepada penceramah tersebut pada 16 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, wanita itu mendakwa suaminya telah menyebarkan video seks yang melibatkan dirinya, madunya serta beberapa wanita lain.