Insiden feri karam di Bali: Kemungkinan ada rakyat Malaysia terlibat

Iklan
Insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya karam di Selat Bali lewat Rabu malam.

JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia dipercayai terlibat dalam insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali lewat Rabu malam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang bekerjasama dengan Jabatan Konsular Kementerian dan pihak berkuasa Indonesia untuk mendapatkan pengesahan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha untuk mengesahkan identiti mereka yang terjejas sedang dijalankan.

"Ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan, kedutaan kekal berkomunikasi rapat dan berterusan dengan agensi berkaitan.

Iklan

"Kementerian dan kedutaan akan terus memantau keadaan dan mengekalkan hubungan dengan pihak berkuasa Indonesia," jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat Rabu malam ketika dalam pelayaran dari Jawa Timur ke Bali.

Iklan

Feri KMP Tunu yang berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi menuju ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada 11.20 malam waktu tempatan sebelum karam pada jam 11.35 malam, menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banyuwangi.

Tambah kenyataan itu, kedutaan telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia sejak awal lagi.

"Pada mulanya dimaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.

"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," ujarnya.