Kes bunuh penuntut universiti: Suspek mungkin individu dikenali mangsa

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes penuntut wanita ditemui mati disyaki dibunuh.

SEPANG – Suspek dalam kes bunuh seorang penuntut sebuah universiti swasta dipercayai merupakan individu yang dikenali oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk ke kediaman mangsa.

Iklan
Iklan

“Polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti dan mengesan suspek,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Sarawak ditemukan mati di asramanya di sini pada jam 10.28 pagi.

Iklan

Pada Khamis, Norhizam dilaporkan berkata bahawa hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat hentakan objek tumpul di kepala.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, tiada kesan kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur rogol.

Norhizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.