Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.

Menurut amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1.45 tengah hari, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk di Johor ialah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Di Sarawak, kawasan diramal terjejas ialah Kuching, Mukah, Sarikei (Meradong), Sibu, Bintulu (Tatau) serta Kapit (Song dan Kapit).

Sementara itu di Sabah, amaran berkenaan merangkumi Pantai Barat (Papar), Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Membakut, Pensiangan dan Sook), Sandakan (Tongod) serta Tawau (Kalabakan dan Tawau). - Bernama

Iklan
Iklan