Bapa enam anak hidap penyakit jantung kronik perlukan bantuan

Iklan
Agus (kiri) yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sentiasa berada di sisi suaminya, Suhaimi yang kini tidak boleh bekerja akibat penyakit dihidapinya.

TEMERLOH - Kehidupan bekas seorang pendawai elektrik berubah sekelip mata selepas menghidapi masalah jantung kronik sejak berusia 28 tahun dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua tahun lalu.

Muhamed Suhamin Daharin, 55, di Jalan Aman, Bandar Sri Semantan di sini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan isterinya, Agus Liantin Sakarni, 38, yang kini bertindak selaku ketua keluarga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, doktor pernah mencadangkan supaya memasang alat bantuan jantung (pacemaker) kerana keadaan jantungnya yang laju, lemah dan bengkak namun tidak berkemampuan kerana kosnya yang tinggi buat kira-kira RM80,000.

“Kos itu diberitahu pada ketika itu dan kini tidak tahu berapa jumlahnya. Kini nak bangun ke dapur pun terpaksa berhenti separuh jalan.

Iklan

Abdul Jamil (kiri) mengunjungi Suhaimi (dua dari kiri) dan Agus (dua dari kanan).

"Pernah juga tiga bulan tak boleh tidur malam sebab jantung terlalu aktif.

Iklan

“Saya cuma nak kembali sihat... kalau dapat pasang pacemaker itu memang sangat diperlukan," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Orang Merdeka dan Cakna Temerloh (Kome Cakna) yang diwakili pengerusinya, Abdul Jamil Yaakub pada Sabtu.

Selain masalah jantung, Muhamed Suhamin turut disahkan menghidap batu karang dalam hempedu namun pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana jantung terlalu lemah dan berisiko tinggi.

Bapa kepada enam anak itu berkata, situasi itu menyebabkan menyebabkan perutnya menjadi buncit dan kakinya membengkak namun tidak boleh membuang batu karang selagi belum mendapat kelulusan pakar jantung.

Isterinya, Agus Liantin pula mengakui buntu kerana gusar dengan keadaan kesihatan suaminya dan kos yang perlu dihadapi.

Jelasnya, buat masa ini dia bekerja di sebuah kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan selain perlu membayar sewa rumah RM600 sebulan dengan tiga masih bersekolah dan selebihnya sudah bekerja.

Agus melihat keadaan kaki Suhaimi yang kini bengkak dan perut membuncit.Foto Sinar Harian

"Saya keluar bekerja bermula petang hingga malam dan nasib baik anak perempuan berusia lapan tahun banyak membantu melihat keadaan suami.

"Memang harapan saya dapat melihat suami kembali sihat sepenuhnya dan berdoa agar cepat sembuh," katanya.

Sementara itu, Abdul Jamil memberitahu, pihaknya tampil membantu dengan memaklumkan keadaan Suhaimi kepada agensi berkaitan supaya dia dapat dibantu, sekali gus meringankan bebannya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Hong Leong Bank 13101004469 atas nama, Mohamed Suhaimi Daharin.