10 daerah terjejas ribut di Kedah
Iklan
Kerja-kerja pembersihan dilakukan di lokasi pokok tumbang. Foto APM
ALOR SETAR – Beberapa laluan terganggu akibat kejadian ribut dan angin kencang yang melanda 10 daerah di Kedah sekitar jam 8.30 malam pada Isnin.
Penduduk, Mohd Zaid Fitri, 39, dari Alor Setar berkata, kejadian ribut menyebabkan perjalanan pulang dari tempat kerja tergendala apabila terdapat pokok tumbang semasa melalui Lebuhraya Utara-Selatan, sekali gus menyebabkan kesesakan.
Iklan
Iklan
"Hujan lebat dan angin kencang tiba-tiba menyebabkan perjalanan pulang terganggu, namun mujur terselamat dan tiada yang ditimpa kecederaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Suhaimi Mohd Zain berkata, sebanyak 10 daerah terjejas akibat ribut di Kedah.
Iklan
Menurutnya, kejadian turut menyebabkan pokok tumbang yang menghalang laluan, selain kerosakan pada rumah mangsa akibat dihempap pokok dan faktor lain.
APM menerima laporan kejadian ribut membabitkan 10 daerah di Kedah. Foto APM
Iklan
“Daerah terjejas termasuk Sik, Padang Terap, Pendang, Kota Setar, Yan, Kubang Pasu, Langkawi, Baling, Kuala Muda dan Pokok Sena.
“Susulan kejadian tersebut, APM telah menjalankan pemantauan di lokasi terlibat, melaksanakan kerja pembersihan di kawasan jalan raya dan rumah penduduk serta membuat penilaian awal kerosakan bersama agensi berkaitan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berhadapan cuaca tidak menentu.
Mereka juga diminta mematuhi amaran angin kencang serta mengikuti maklumat terkini di portal agensi berkaitan atas faktor keselamatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>