RON97, diesel naik 7 sen
Iklan
Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia naik tujuh sen. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bagi tempoh sama.
Iklan
Iklan
“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.14 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.81 seliter.
“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.
Iklan
MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.
Iklan
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tiada bukti penyelewengan Tabung Haji, saya tak faham erti sakau' - Bekas Ketua Audit Negara"><meta itemprop="description" content="Tiada sebarang bukti pengauditan menunjukkan wujud kecurian atau penyelewengan dalam pengurusan Tabung Haji sepanjang tempoh perkhidmatan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sakau #TabungHaji #BekasKetuaAuditNegara"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T06:44:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/di-Fs1gZJfZZRTJ47/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0kuly"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0kuly"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0kuly"></script>