PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menerima aduan terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak kerana didakwa melepaskan tangkapan bersama sebuah bot yang melakukan kesalahan menggunakan pukat jenis bubu naga.
Dalam kenyataan EAIC pada Isnin, dimaklumkan bahawa siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].