Nur Dalila sudah tiada, hanya mampu peluk baju

Iklan
Norinda dan suaminya tidak dapat menahan sebak apabila hanya mampu melihat baju kepunyaan Nur Dalila selepas anaknya sulungnya itu maut dalam kemalangan melibatkan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak pada Isnin.

BESUT -"Nur Dalila sudah tiada, hanya mampu peluk baju untuk mengubat rindu padanya."

Demikian luahan Norinda Kasim, 49, ibu kepada arwah Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam banyak-banyak barangan milik anak sulungnya yang dihantar pulang oleh pihak UPSI, baju blaus berwarna merah jambu antara yang paling mengundang sebak kepadanya.

"Hal ini kerana baju tersebut dibeli sedondon dengan saya sejak 10 tahun lalu. Ia adalah kesayangan Nur Dalila dan sentiasa dibawa ke mana sahaja dia pergi.

Iklan

"Barangan arwah tiba di Masjid Hadhari sekitar jam 11 pagi tadi. Semua barangan ini kami hantar bersama Nur Dalila semasa awal kemasukannya ke UPSI, namun hari ini ia pulang tanpa tuannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Bharu Tok Dor, di sini, pada Khamis.

Norinda memberitahu bahawa kesemua barangan milik anaknya itu akan disimpan sebagai kenangan.

Iklan

Katanya lagi, pakaian arwah akan diberikan dan digunakan oleh adik-adiknya nanti.

Bagaimanapun, Norinda melahirkan rasa terkilan apabila beg pakaian Nur Dalila yang dibawa bersama ketika menaiki bas telah hilang dan masih belum ditemukan sehingga kini.