PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Badan seorang penunggang motosikal hampir putus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini pada malam Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, mangsa, seorang anggota tentera yang juga merupakan jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini, Wan Fadhli Wan Aziz, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku membabitkan motosikal jenis Suzuki FU150 ditunggang mangsa dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Port Dickson menghala ke Seremban.
"Sebaik sampai di lokasi, Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun telah dilanggar di bahagian belakang sebelah kanan oleh motosikal ditunggang mangsa.
"Akibatnya, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan jalan," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa alami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu kereta tidak cedera.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai.
"Siasatan masih diteruskan termasuk mengesan saksi bebas, menunggu keputusan toksilogi serta laporan penuh bedah siasat
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhemi Azman di talian 016-
9984806 atau mana-mana balai polis berhampiran,"katanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku membabitkan motosikal jenis Suzuki FU150 ditunggang mangsa dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Port Dickson menghala ke Seremban.
"Sebaik sampai di lokasi, Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun telah dilanggar di bahagian belakang sebelah kanan oleh motosikal ditunggang mangsa.
"Akibatnya, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan jalan," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa alami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu kereta tidak cedera.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai.
"Siasatan masih diteruskan termasuk mengesan saksi bebas, menunggu keputusan toksilogi serta laporan penuh bedah siasat
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhemi Azman di talian 016-9984806 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.