Malaysia, Poland tingkat kerjasama pertahanan - Anwar

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden Poland Andrzej Duda selepas sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan Poland akan mempertingkatkan kerjasama pertahanan termasuk meneroka peluang-peluang perolehan jangka panjang dan penglibatan strategik antara kementerian pertahanan masing-masing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Andrzej Duda dari Poland, Anwar berkata, perbincangan antara mereka berkisar kepada usaha mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, selain sektor utama lain seperti teknologi makanan, teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri halal.

Iklan
Iklan

"Saya gembira apabila mendapat tahu Presiden (Duda) akan ke Port Dickson hari ini, terutama bersama dengan Kementerian Pertahanan.

"Dasar saya sejak memegang jawatan perdana menteri adalah sangat jelas - keutamaan dalam memastikan keperluan Kementerian Pertahanan harus diserahkan kepada pasukan profesional sahaja,” katanya sambil menyatakan bahawa kerjasama pertahanan dua hala mempunyai potensi yang kukuh untuk berkembang maju.

Iklan

Anwar berkata, maklum balas berhubung peralatan tentera Poland termasuk kereta kebal dan sistem elektronik Kumpulan WB, setakat ini adalah positif.

AKAN MENYUSUL

Iklan