20 ditahan eksploitasi seksual kanak-kanak

Iklan
Polis menahan suspek di 12 negara di benua Amerika dan Eropah. Foto Agensi

MADRID – Operasi antarabangsa yang diketuai oleh polis Sepanyol telah membawa kepada penahanan 20 individu di 12 negara di benua Amerika dan Eropah, menurut kenyataan Interpol pada Jumaat.

Operasi tersebut bermula pada akhir tahun 2024 selepas pihak berkuasa Sepanyol menjalankan rondaan dalam talian dan mengesan kumpulan dalam aplikasi mesej segera yang berkongsi imej eksploitasi seksual kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Sepanjang siasatan dijalankan, pegawai penyiasat berjaya mengenal pasti sepenuhnya suspek-suspek yang terlibat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di negara-negara berkaitan,” menurut Interpol.

Kerjasama lanjut dijalankan bersama Argentina, Bolivia, Brazil, Costa Rica, El Salvador, Honduras dan Paraguay bagi menyelaras tindakan operasi.

Iklan

Penahanan dilakukan antara Mac hingga Mei 2025.

Tujuh suspek ditahan di Sepanyol termasuk seorang pekerja kesihatan dan seorang guru.

Iklan

Pekerja kesihatan terbabit didakwa membayar kanak-kanak dari Eropah Timur untuk mendapatkan gambar eksplisit, manakala guru tersebut disyaki memiliki dan menyebarkan bahan lucah membabitkan kanak-kanak di beberapa platform dalam talian.

Sebanyak 68 lagi individu telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah komputer meja, komputer riba, telefon bimbit, tablet serta peranti storan digital. Seorang guru turut ditahan di Panama.

Suspek-suspek lain turut ditahan di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. – AFP