Selepas Venezuela, AS sasar Mexico pula

Iklan
Pentadbiran Trump sekali lagi menjadikan kartel dadah sebagai alasan untuk menceroboh negara lain.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis sekali lagi menjadikan kartel dadah sebagai alasan untuk beliau melancarkan kempen pencerobohan ke atas kedaulatan negara lain.

Trump memberi amaran tentang kemungkinan serangan darat selepas operasi maritim dilancarkan di timur Lautan Pasifik dan Caribbean.

Iklan
Iklan

"Sindiket itu sedang menguasai Mexico," katanya seakan-akan memberi bayangan negara Amerika Utara itu bakal menjadi sasaran seterusnya.

Operasi perairan sebelum ini menyaksikan lebih 100 individu terbunuh sejak serangan menyasarkan bot kartel dadah dilancarkan pada September lalu.

Iklan

Penganalisis percaya serangan ke atas rangkaian pengedaran dadah di Mexico City menandakan peningkatan ketara dalam penglibatan tentera AS selepas ia menceroboh Venezuela.

Pada Isnin lalu, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menegaskan rantau itu tidak dimiliki mana-mana kuasa selepas Trump menggunakan dominasi Washington untuk memperluaskan 'penaklukan' beliau di Hemisfera Barat.

Iklan

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Trump mendesak Sheinbaum supaya membenarkan penghantaran tentera AS ke negara tersebut kononnya untuk menumpaskan sindiket dadah. - Agensi