Prabowo dakwa pengkritik kerajaan dibayar pihak tertentu

Iklan
Prabowo Subianto - AFP

KARAWANG – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa, sebahagian individu yang sering mengkritik, mengejek dan memfitnah prestasi kerajaan pimpinannya berkemungkinan dibayar oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau menyuarakan pandangan itu ketika berucap pada Majlis Penuaian Raya serta pengumuman kejayaan Pangan Makanan Nasional 2025 di Cilebar, Karawang pada Rabu.

Iklan
Iklan

“Jangan-jangan mereka ini dibayar,” kata Prabowo dalam ucapannya.

Menurut beliau, golongan yang kerap mengkritik kerajaan seolah-olah menafikan sebarang pencapaian negara, termasuk kejayaan atlet Indonesia di peringkat antarabangsa.

Iklan

Katanya, kejayaan anak bangsa negara itu langsung tidak mendapat penghargaan daripada kelompok berkenaan.

“Mereka tidak mengucapkan tahniah, tidak menghargai usaha kerajaan,” ujar beliau.

Iklan

Prabowo turut menyatakan, kebimbangannya terhadap sikap segelintir individu yang terus-menerus menghina kerajaan, malah menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang ganjil dari sudut kesihatan mental.

Namun, beliau menegaskan tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut.

“Biarlah, kami tidak mahu ambil peduli. Mereka hanya lantang di media sosial, tidak jelas hala tuju,” katanya.

Presiden Indonesia itu berkata, fokus utama beliau bersama barisan Kabinet adalah untuk menjamin masa depan negara, khususnya dalam aspek keselamatan makanan.

“Saya mahu dikenang sebagai Presiden yang berjaya menurunkan harga makanan, harga baja dan harga benih demi rakyat,” katanya.- Agensi