TDM siasat tular gambar tentera berpakaian seragam ditayang di pusat hiburan

Iklan
Gambar tular anggota TDM yang gambarnya dengan pakaian seragam ditayang di sebuah premis hiburan, di sini, susulan tular di TikTok, sejak Isnin lalu.

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) menjalankan siasatan terhadap anggota pasukan itu yang gambarnya dengan pakaian seragam ditayang di sebuah premis hiburan, di sini, susulan tular di TikTok, sejak Isnin lalu.

Sel Perhubungan Raya Markas TDM dalam kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan gambar memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam tentera dengan latar belakang logo Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di premis berkenaan.

Iklan
Iklan

"TDM memandang serius perkara berkenaan dan anggota terbabit disiasat oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK)," katanya.

Menurut kenyataan itu, aiasatan akan menjurus kepada bagaimana perkara itu berlaku serta mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur pencemaran keselamatan sama ada terhadap anggota itu atau terhadap TDM.

Iklan

"Selain itu siasatan juga cuba mengenal pasti sekiranya terdapat pembabitan anasir subversif lain dalam kejadian itu.

"Sekiranya terbukti bersalah anggota boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan sedia ada kerana melanggar etika sebagai seorang anggota tentera dan menjejaskan nama baik TDM,” katanya.

Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan, TDM juga akan mempertingkatkan pemantauan penggunaan media sosial agar kejadian seperti ini dapat dikekang.

"Walaupun paparan tersebut bersifat peribadi namun paparan imej sebagai seorang anggota tentera di tempat dan atas tujuan yang tidak bermoral boleh mengundang persepsi negatif serta mencemarkan nama baik TDM," katanya.

Terdahulu, gambar seorang anggota tentera dengan berpakaian seragam ditayang di sebuah premis hiburan dan mengundang perhatian ramai selepas ia tular di TikTok.