SHAH ALAM - Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) telah mempersembahkan warkah bantahan rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung dokumen bertajuk 'Advisory Paper to the Chair of ASEAN 2025 - Malaysia' yang dikemukakan oleh gabungan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) ASEAN.
Menurutnya, warkah tersebut mewakili suara lebih 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dari seluruh negara bagi menyatakan kebimbangan serius terhadap kandungan dokumen tersebut yang dilihat boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, serta struktur sosial yang berteraskan nilai budaya dan agama tempatan.