Langkah berani, tapi larang juga PM jadi Menteri Kewangan - Hassan
Iklan
Hassan Karim
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri mencerminkan aspirasi rakyat yang mahukan sistem tadbir urus lebih seimbang dan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, reformasi yang ingin dilaksanakan wajar disokong oleh semua pihak bagi memastikan sistem pentadbiran negara menjadi lebih telus.