Elak bolot kuasa, suntik idea baharu
Iklan
Azmi
PUTRAJAYA – Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh dilihat berupaya mengubah landskap pentadbiran negara dengan memecahkan budaya selesa, menyuntik idea baharu dan mengelakkan penumpuan kuasa pada satu individu.
Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, had tempoh jawatan itu membuka ruang kepada kepimpinan baharu yang lebih berani mencabar pendekatan lama, selain membawa sudut pandang segar dalam mengurus negara.