33 ditahan dalam operasi bersepadu AADK, polis
Iklan
Tian Soon melihat lokap yang menempatkan individu yang ditahan.
BATU PAHAT – Seramai 33 individu ditahan dalam satu operasi bersepadu melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Batu Pahat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batu Pahat.
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, operasi selama dua hari berakhir Rabu berkenaan dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, katanya, sebelum tangkapan dibuat, analisis, tindakan pemantauan dan penyamaran turut dilakukan bagi memastikan serbuan serta tangkapan dijalankan secara terancang di beberapa lokasi tumpuan.
"Daripada jumlah yang ditahan, lapan individu diserahkan kepada pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
Iklan
"20 individu lagi ditahan oleh AADK selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah.
"Bagaimanapun, lima individu lain dibebaskan selepas keputusan ujian air kencing mereka didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tian Soon (tengah) ketika melawat Pejabat AADK Batu Pahat.
Iklan
Untuk rekod, sebanyak 17 kawasan panas dikenal pasti sebagai lokasi penagihan dadah di seluruh Johor.
Justeru, usaha sedang giat dijalankan bagi menghapuskan kawasan-kawasan tersebut secara berperingkat.
Sementara itu, Tian Soon menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor serius dalam usaha menangani isu penyalahgunaan dadah.
Malah, katanya, masalah penyalahgunaan dadah dilihat sebagai isu kritikal yang perlu ditangani segera.
"Kerajaan negeri amat menitikberatkan aspek keselamatan dan sehubungan itu, peruntukan khas telah disalurkan kepada AADK Johor dalam usaha memperkukuhkan penguatkuasaan, meningkatkan pemantauan serta melaksanakan lebih banyak program pemulihan dan pencegahan,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.