Alasan berteduh di hotel kerana hujan, remaja ditangkap khalwat dengan ‘abang saudara’

Iklan
Penguat kuasa JAINJ telah mengetuk pintu sebuah bilik yang disyaki terdapat pasangan kekasih di dalamnya kerana pendingin hawa masih terpasang.

PONTIAN - Alasan berteduh kerana hujan yang diberikan oleh pasangan remaja bukan suami isteri tidak diterima oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang melakukan serbuan di sebuah hotel di sini.

Pasangan berusia 19 dan 18 tahun itu akhirnya ditahan dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 1.50 pagi yang dilakukan secara rambang dan berkala di daerah itu.

Iklan
Iklan

Menurut JAINJ, penguat kuasa telah mengetuk pintu sebuah bilik yang disyaki terdapat pasangan kekasih di dalamnya kerana pendingin hawa masih terpasang.

"Kira-kira tiga minit kemudian, seorang lelaki memakai seluar jeans dan t-shirt membuka pintu. Pemeriksaan lanjut dalam bilik kemudian menemui remaja perempuan sedang duduk di atas katil dengan memakai seluar panjang dan t-shirt.

Iklan

"Apabila ditanya mengenai hubungan mereka, perempuan terbabit mendakwa lelaki berkenaan adalah abang saudaranya," ujar JAINJ.

JAINJ memaklumkan ketika ditanya mengenai hubungan mereka, wanita berkenaan mendakwa lelaki itu ialah ‘abang saudara’ sebelum siasatan lanjut mendapati mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pertalian kekeluargaan mahupun hubungan mahram.

Iklan

Sebaliknya, panggilan itu sekadar gelaran mesra antara mereka yang baru berkenalan kira-kira empat bulan lalu menerusi sebuah aplikasi internet.

"Perempuan itu sering memuat naik video dalam aplikasi berkenaan dan mempunyai ramai pengikut, termasuk lelaki terbabit yang cuba berkenalan sebelum merancang untuk bertemu.

"Apabila ditanya kenapa berada dalam bilik hotel berkenaan, mereka memberi alasan hanya singgah berehat kerana hujan memandangkan mereka menaiki motosikal," jelasnya.

JAINJ memberitau, lelaki bujang itu bekerja di Johor Bahru manakala remaja terbabit juga masih belum berkahwin bekerja di daerah ini.

Mereka mengaku mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun belum bersedia daripada segi kewangan memandangkan usia yang masih muda.

Pasangan terbabit kemudian ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.