GOPENG - Kerajaan negeri Perak membuka peluang kepada 18 usahawan negeri itu meneroka potensi pasaran baharu di negara Brunei menerusi penyertaan dalam Consumer Fair & Trade Expo 2025 Brunei Darussalam yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 29 Jun ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, penyertaan itu merupakan langkah strategik kerajaan negeri dalam usaha memperluas pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 10 usahawan dipilih di bawah penyelarasan kerajaan negeri menerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) manakala lapan lagi menyertai secara bersama bagi menambah kekuatan promosi produk Perak di pameran tersebut.
"Brunei merupakan pasaran baharu untuk kerajaan negeri dan kita melihat potensinya sangat besar berdasarkan sambutan positif yang diterima sebelum ini menerusi penyertaan usahawan secara individu.
"Sasaran kita untuk jualan kali ini dianggarkan sekitar RM1 juta, namun saya yakin dengan keunikan produk dan kesamaan budaya pemakanan, ia mampu mencapai lebih daripada itu,” katanya.