Kamatto kukuhkan kedudukan jenama no. 1 Malaysia

Iklan
Hadir dengan 10 pilihan warna lining bagi memenuhi citarasa dan gaya dalaman kenderaan yang berbeza.

Sejak tiga tahun lalu, Kamatto hadir dalam industri aksesori automotif tempatan dengan satu misi yang cukup jelas iaitu mahu memastikan karpet kereta custom berkualiti tinggi tidak lagi menjadi barangan ‘mahal’ yang sukar dimiliki.

Ketika itu, kebanyakan set karpet kereta bagi bahagian depan dan belakang dijual pada harga melebihi RM300. Walhal, ia merupakan keperluan asas bagi menjaga kebersihan kabin serta membantu mengurangkan pembiakan bakteria dalam kenderaan.

Iklan
Iklan

Bagi ramai pemandu, khususnya golongan berkeluarga dan pengguna harian, harga tersebut dianggap agak membebankan.

Melihat keperluan itu, Kamatto tampil menawarkan alternatif lebih berpatutan tanpa mengorbankan kualiti. Dengan harga RM189.90 untuk set karpet kereta custom premium-fit, jenama ini membuka ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati produk yang lebih baik pada harga lebih rendah.

Iklan

Hasilnya, dalam tempoh hanya tiga hingga empat tahun, Kamatto berkembang menjadi jenama karpet kereta No. 1 di Malaysia dengan lebih 500,000 pelanggan di seluruh negara.

Kamatto memperkenalkan Classic II sebagai evolusi terbaharu dalam rangkaian karpet keretanya, menampilkan peningkatan dari segi keselesaan dan keselamatan.

Iklan

Sokongan lebih 1,000 pencipta kandungan, lebih 400,000 pengikut media sosial serta jutaan tontonan bulanan menjadi bukti kukuh penerimaan pasaran terhadap jenama berkenaan.

Malah, penarafan 4.9 daripada 5.0 serta kemenangan Grand Winner Shopee Super Brands Award 2025 bagi kategori automotif terus mengukuhkan reputasinya.

Terbaharu, jenama itu turut menerima pengiktirafan Super Excellence Brand 2026; satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan syarikat berkenaan.

Dalam meneruskan momentum tersebut, Kamatto kini melancarkan Kamatto Classic II car mats iaitu versi penambahbaikan daripada Classic I yang sebelum ini telah digunakan oleh ratusan ribu pemilik kenderaan di Malaysia.

Menariknya, walaupun hadir dengan pelbagai ciri baharu dan peningkatan dari segi bahan, harga Classic II kekal pada RM189.90, selari dengan komitmen syarikat untuk menawarkan produk premium pada harga mampu milik.

Classic II dibangunkan hasil maklum balas pengguna sebenar. Ia menggunakan bahan yang dinaik taraf dari Amerika Syarikat dan Jerman bagi memberikan tahap ketahanan serta keselesaan lebih baik.

Struktur dan material yang dipertingkat memberikan sentuhan lebih kemas serta ketahanan lebih tahan lama untuk penggunaan harian.

Permukaannya yang lebih rata dan halus meningkatkan keselesaan terutama ketika pemanduan jarak jauh, manakala bahagian pad tumit diperkuatkan untuk ketahanan jangka panjang, sesuai untuk pemandu yang kerap berada di jalan raya.

Bagi mereka yang menitikberatkan gaya dalaman kenderaan, Classic II didatangkan dengan 10 pilihan warna lining, antara yang terluas di pasaran Malaysia. Ia memberi kebebasan kepada pemilik kereta untuk menyesuaikan penampilan kabin mengikut citarasa masing-masing.

Dari aspek keselamatan pula, Classic II dilengkapi teknologi paten Zig-Zag Grip Tech yang menawarkan sehingga tujuh kali ganda cengkaman anti-gelincir berbanding versi sebelumnya.

Ciri ini membantu memastikan karpet kekal stabil dan tidak mudah bergerak ketika pemanduan, sekali gus memberikan ketenangan tambahan kepada pengguna.

Sistem cengkaman anti-gelincir direka untuk memastikan karpet kekal stabil, sekali gus meningkatkan keyakinan ketika memandu.

Selain itu, karpet berkenaan bersifat kalis air sepenuhnya, tahan api, mudah dicuci dan cepat kering. Ia turut melalui ujian SGS mengikut piawaian REACH dan ROHS bagi memastikan bebas daripada bahan berbahaya.

Reka bentuknya juga telah didaftarkan di bawah paten reka bentuk rasmi Malaysia sebagai perlindungan terhadap inovasi produk tersebut.

Dalam masa sama, Kamatto turut memperluaskan kategori gaya hidup automotif dengan memperkenalkan Karoma Peach Noir car perfume.

Karoma Car Perfume melengkapkan pemanduan dengan haruman lembut dan tahan lama, menjadikan setiap perjalanan lebih segar dan selesa.

Pewangi kereta ini diformulasikan secara proprietari oleh Kamatto bagi menghasilkan wangian unik yang mampu bertahan sehingga 60 hari iaitu lebih lama berbanding kebanyakan pewangi cecair biasa di pasaran.

Karoma Peach Noir dihasilkan tanpa kandungan formaldehid, toluena, alkohol atau bahan perengsa lain, menjadikannya pilihan lebih selamat untuk ruang kabin.

Ia bukan sahaja memberikan aroma menyenangkan, malah mempunyai fungsi penyahbau dan antibakteria bagi membantu mengekalkan kebersihan udara dalam kenderaan.

Diperbuat daripada ekstrak esen tumbuhan semula jadi, haruman Karoma Peach Noir bersifat lembut, segar dan premium tanpa terlalu menyengat. Reka bentuknya yang praktikal membolehkan ia diletakkan di papan pemuka atau dalam pemegang cawan, sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan sama ada kereta kompak mahupun SUV.

Selain karpet kereta dan pewangi, rangkaian produk Kamatto turut merangkumi Kamatto Hydrophobic V2 wipers yang sesuai untuk lebih 99 peratus model kereta di Malaysia serta Kamatto dashcams yang dikenali dengan kualiti rakaman yang boleh dipercayai.

Melalui pelancaran Classic II car mats dan Karoma Peach Noir car perfume, Kamatto terus memperkukuhkan komitmennya dalam menyediakan produk automotif yang berkualiti tinggi, selamat dan mampu milik; agar setiap perjalanan rakyat Malaysia menjadi lebih selesa dan meyakinkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kamatto Classic II car mats, Karoma Peach Noir car perfume serta aksesori automotif lain, layari https://kamatto.my.