Sultan Brunei masuk IJN kerana keletihan

Iklan
Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada Selasa kerana mengalami kepenatan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bahawa keberadaan baginda di IJN adalah untuk berehat dan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan keletihan.

Iklan
Iklan

"Baginda berasa sedikit letih, jadi beliau berehat di Institut Jantung Negara,” kata Anwar dalam sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China di ibu negara, pada Selasa.

Sumber kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa Sultan Hassanal dimasukkan ke hospital ketika berada di antara mesyuarat ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China.

Iklan

Menurut sumber itu, IJN merupakan hospital yang ditetapkan bagi menerima tetamu kenamaan sepanjang penganjuran sidang kemuncak berkenaan.

Pihak hospital bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun seorang lagi sumber kerajaan turut mengesahkan perkara itu kepada AFP.

Iklan

Sultan Hassanal, 78, menaiki takhta pada tahun 1967 dan merupakan pemerintah monarki paling lama memerintah di dunia ketika ini.

Baginda berasal daripada keluarga diraja yang telah memerintah Brunei selama lebih 600 tahun dan kekal sebagai antara individu terkaya di dunia.

Sepanjang pemerintahan baginda, Brunei berjaya mencapai kemerdekaan penuh daripada Britain serta menikmati taraf hidup yang tinggi, antara yang terbaik di peringkat global.

Namun, pemerintahan baginda turut mencetuskan kontroversi apabila memperkenalkan undang-undang syariah yang ketat, termasuk hukuman potong anggota badan dan rejam sampai mati bagi kesalahan tertentu.

Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto AFP