Peningkatan ekonomi, nilai mata wang kukuh wujud suasana positif kepada rakyat - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Peningkatan ekonomi termasuk nilai ringgit yang semakin mengukuh telah mewujudkan suasana positif dalam kalangan rakyat di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO berkata kestabilan ekonomi amat penting dalam mendukung keharmonian sebuah negara termasuk Malaysia.

Iklan
Iklan

"Perkembangan positif ini menjadi pemangkin kepada rakyat untuk terus bersatu dan menyokong aspirasi Kerajaan MADANI… apabila kita berada sebagai sebahagian daripada Kerajaan MADANI, kita kekalkan semangat keharmonian ini, dan kepelbagaian ini harus kita dukung bersama agar Malaysia terus aman,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, pimpinan tertinggi UMNO serta Barisan Nasional.

Iklan

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi suku kedua 2026 disokong prestasi Indeks Pelopor (IP) Disember 2025, yang mencatatkan marginal 0.1 peratus kepada 114.0 mata berbanding 113.9 mata dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dan pelajar tahfiz yang juga penghuni Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Titian Kaseh dan Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abd Aziz Subang. - Bernama

Iklan