Bekas pensyarah dipenjara 10 tahun sebabkan kematian suami

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung suri rumah didakwa bunuh suami

SEREMBAN – [DIKEMAS KINI] Seorang bekas pensyarah yang juga bekas calon Bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tahun 2018 dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian suaminya tiga tahun lalu.

Hakim Rohani Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Lau Seck Yan, 58, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu bermula daripada tarikh tangkapan pada 23 Januari 2022.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kematian suaminya, Poh Seng Hiap, 55, dengan niat untuk mendatangkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Januari 2022, kira-kira jam 3.30 petang di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township, Seremban 2.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Iklan

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian suaminya.

Terdahulu, peguam bela, Kitson Foong memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dengan mengambil kira bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

"Anak guam saya merupakan bekas pensyarah di sebuah kolej swasta dan beliau telah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang ditawarkan. Oleh itu, faktor peringanan wajar diambil kira.

"Saya berharap mahkamah dapat menjatuhkan hukuman minimum agar beliau dapat kembali ke pangkuan anak-anak perempuannya secepat mungkin.

"Beliau juga berharap diberi peluang menjaga bapanya yang uzur dan berusia 88 tahun,” katanya, sambil memohon agar hukuman bermula daripada tarikh tangkapan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Hazwani Omar memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan serta kepentingan awam.

"Kesalahan ini amat serius kerana tertuduh telah meragut nyawa seorang lelaki yang juga suaminya sendiri. Oleh itu, hukuman berat harus dijatuhkan bukan sahaja sebagai pengajaran kepada tertuduh, tetapi juga kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan serupa,” ujarnya.