Tiga pelajar maut, seorang parah nahas tiga motosikal

Iklan
Lokasi kejadian nahas tiga motosikal yang mengakibatkan tiga maut manakala seorang lagi parah.

MELAKA - Tiga pelajar sekolah menengah maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dipercayai bertembung di Jalan Tambak Paya awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa yang maut ialah dua penunggang motosikal, Muhammar Adiff Farihin Mohd Anuar, 15; Muhammad Azmi Abdul Rahimah, 16; dan seorang pembonceng, Nur Khairiah Mat Mazlin, 16.

Iklan
Iklan

Selain itu, seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Haziq Haikal Kassim, 18, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.02 pagi.

Iklan

Antara motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di di Jalan Tambak Paya awal pagi Sabtu.

“Siasatan di lokasi mendapati dua motosikal dari arah Bukit Katil menghala ke Tiang Dua manakala sebuah lagi dari arah bertentangan.

Iklan

“Setibanya di tempat kejadian, ketiga-tiga motosikal dipercayai bertembung secara berdepan di tengah jalan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, akibat pertembungan itu, dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bedah siasat.

“Seorang lagi mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan serta sedang menerima rawatan lanjut.

Antara motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di di Jalan Tambak Paya awal pagi Sabtu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk pemeriksaan teknikal ke atas semua kenderaan terlibat di Puspakom,” katanya.

Tambah beliau, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rakaman papan pemuka (dashcam) atau saksi bebas ditemui di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.