CEO Batu ditahan bantu siasatan kes hantar gambar lucah kepada remaja

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai pempengaruh yang dikenali CEO Batu yang didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun

KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh yang dikenali CEO Batu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Difahamkan, lelaki itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, pempengaruh terbabit akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

Iklan

"Ya, kami dah siasat," katanya ringkas pada Jumaat.

Sebelum ini, media tempatan penyanyi dan aktivis, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej di media sosial yang didakwa berbaur lucah yang dihantar pempengaruh terbabit kepada remaja bawah umur itu.

Iklan

Menerusi beberapa hantaran Caprice di laman Instagramnya, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Antara tangkap layar yang dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar yang tidak senonoh dipercayai dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan.

Difahamkan juga, pempengaruh itu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan mendakwa tidak sempat menyunting gambar yang dihantar selain mengakui kesalahannya menghantar gambar berkenaan.