Tiga maut disambar petir

Iklan
Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir pada Isnin.

SEPANG - Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.

Insiden itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi.

Iklan
Iklan

“Betul ada berlaku kejadian itu petang tadi, pihak kami akan kongsikan butiran lanjut kemudian,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman klip video memaparkan tiga jasad yang sudah berutup dengan kain batik terbaring di bawah sebatang pokok.

Iklan
Iklan

AKAN MENYUSUL