Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun

SHAH ALAM - Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Pendedahan itu dibuat oleh penyanyi dan pempengaruh, Caprice menerusi akaun Instagram miliknya selepas dihubungi ibu remaja itu.
Caprice menerusi hantaran mendedahkan ibu remaja itu mendakwa anaknya menerima mesej berbaur lucah daripada pempengaruh berkenaan dalam satu 'chatting' di media sosial.
Wanita itu turut berkongsikan pempengaruh itu menunjukkan parut kesan pembedahan yang mana mesej itu turut tertera gambar tidak senonoh.
Difahamkan susulan itu, pempengaruh terbabit menyatakan mahu berjumpa untuk menyelesaikan hal berkenaan dan memohon maaf menerusi satu lagi mesej yang dihantar.
Pempengaruh itu mendakwa tidak sempat menyunting gambar yang dihantar selain mengakui kesalahannya menghantar gambar berkenaan.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen Instagram Caprice mendapati rata-rata orang ramai tidak menyangka perbuatan yang didakwa dilakukan pempengaruh itu.
Selain itu, terdapat juga individu yang meminta tindakan tegas dikenakan terhadap pempengaruh terbabit atas perbuatan yang dilakukannya itu.
Rata-ratanya mengecam tindakan pempengaruh itu yang disifatkan melampau selain menyatakan perbuatan itu merupakan satu bentuk jenayah.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!