Lelaki ditahan intai wanita dalam tandas

Iklan
Seorang lelaki ditahan selepas mengintai seorang wanita dalam tandas.

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita menggunakan tandas di sebuah bangunan di Jalan Bukit Bintang di sini bertukar detik mencemaskan apabila menyedari seorang lelaki sedang mengintainya, pada Ahad.

Terkejut dengan kejadian itu, mangsa berusia 37 tahun terus menjerit sebelum meminta bantuan suaminya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam tadi daripada mangsa.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa menyedari kehadiran seorang lelaki yang mengintainya melalui ruang bahagian atas ketika sedang menggunakan tandas berkenaan.

Iklan

"Kita telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Azwan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 24 saat yang tular di media sosial Threads pada Isnin.

Iklan

"Video berkenaan memaparkan beberapa individu tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengintai di tandas wanita," katanya.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan jenayah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.