Jaga hati, mulut di Tanah Suci

Iklan
SEMBILAN tahun mengabdikan diri sebagai mutawif, Ahmad Junaidi (enam dari kanan) tidak pernah terfikir impiannya untuk menjejakkan kaki ke Baitullah setiap tahun menjadi kenyataan.

Pelbagai cerita dikongsikan Ustaz Ahmad Junaidi untuk dijadikan pengajaran agar jemaah perbanyakkan niat, lintasan hati dan ucapan yang baik

SEMBILAN tahun mengabdikan diri sebagai mutawif, anak kelahiran Baling, Kedah, Ahmad Junaidi Omar, 37, tidak pernah terfikir impiannya untuk menjejakkan kaki ke Baitullah setiap tahun menjadi kenyataan.

Malah dengan izin ALLAH YANG MAHA ESA, boleh dikatakan setiap bulan beliau akan terbang ke tanah suci untuk mengendalikan jemaah umrah.

Iklan
Iklan

Mengimbau semula cita-cita itu, Ahmad Junaidi berkata, ia bermula semasa menyambung pengajian dalam bidang agama di Yaman, sebuah negara bersempadan dengan Arab Saudi.

"Bertitik-tolak dari situlah saya berharap dijemput sebagai tetamu ALLAH setiap tahun. Alhamdulillah, permintaan saya itu dikabulkan ALLAH apabila dilantik sebagai mutawif.

Iklan

Tanah Suci bumi barakah

Ahmad Junaidi memberitahu, Makkah dan Madinah dikenali sebagai bumi barakah. Oleh sebab itu jemaah yang ingin menjejakkan kaki di sini perlu menjaga niat dan tutur kata.

Iklan

AHMAD JUNAIDI

Meneruskan ceritanya, pada satu hari semasa mahu melaksanakan ibadah tawaf, hujan turun dengan lebat sehingga memaksanya untuk berhenti di ruangan solat kerana bimbang pasport di dalam beg akan basah.

Ketika itu, terdetik di dalam hati, alangkah baiknya jika beg yang dibawa itu dilindungi dengan plastik bagi mengelakkan ia basah.

"Selepas selesai menunaikan solat, saya terkejut apabila mendapati ada seorang wanita asing telah meletakkan plastik di tepinya. Tindakan itu membuatkan saya hilang kata-kata. Saya kemudian, menggunakan plastik tersebut untuk melindungi beg daripada basah.

"Kisah kedua, semasa membawa jemaah untuk tawaf dan sai, salah seorang jemaah menawarkan diri untuk membawa selipar saya kerana mahu berkhidmat kepada saya. Semasa sai kami berpecah dan kebiasaannya saya memakai selipar kerana lantainya sejuk tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana selipar berada pada jemaah," katanya.

Ahmad Junaidi memberitahu, ketika itu beliau berdoa di dalam hati dan berharap terjumpa selipar putus atau yang dibuang di dalam tong sampah bagi digunakan untuk menyelesaikan tujuh pusingan ibadah berkenaan.

Ujarnya, secara tidak sengaja beliau memberitahu jemaah mengenai perkara tersebut dan kemudian salah seorang daripada mereka menghulurkan selipar untuk digunakan kerana insan tersebut membawa dua pasang semasa menunaikan umrah, di mana ia jarang dilakukan.

"Selipar itu disedekahkan kepada saya dan digunakan sehingga sekarang," katanya.

'Tersalah cakap'

Menurut Ahmad Junaidi, sebagai manusia yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan beliau turut diuji semasa berada di Makkah.

Ujarnya, ujian itu bermula apabila beliau tidak menggemari hidangan yang disediakan di hotel sehingga bau pun sukar untuk dihidu dan enggan ke dewan makan.

JAGA hati dan mulut sepanjang keberadaan di Tanah Suci dan perbanyakkan doa perkara yang baik. Foto Canva

"Saya terus perbaharui niat dan mohon keampunan daripada MAHA PENCIPTA. Di Makkah dan Madinah, barakahnya bukan lagi rahsia. Bumi Haramain ini kita tidak boleh bercakap sembarangan," katanya.

Tambah beliau, begitu juga jangan bersikap angkuh dan sombong di Tanah Suci kerana semua umat Islam di sana adalah sama sahaja statusnya iaitu hamba ALLAH.

Hadir ke Haramain jemputan ALLAH

"Menjadi tetamu ALLAH ini biarlah kita niat, doa, fikir dan cakap yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Ahmad Junaidi memberitahu, disebabkan itu doa yang baik-baik itu penting kerana datang ke Makkah dan Madinah bukan kerana mampu atau sihat serta mempunyai masa semata-mata tetapi perlu dilihat juga ia merupakan jemputan ALLAH SWT.

Menurutnya, selain itu ada jemaah yang merupakan seorang pendidik pernah tersesat dan ditinggalkan bas walaupun sebelum bertolak beliau sebagai mutawif telah mengira jumlah terlebih dahulu namun ia tetap berlaku.

AHMAD JUNAIDI berpesan doa yang baik-baik itu penting kerana datang ke Makkah dan Madinah bukan kerana mampu atau sihat serta mempunyai masa tetapi ia juga jemputan ALLAH SWT.

"Saya tidak pernah tertinggal jemaah dan kejadian itu berlaku tanpa disedari kerana saya sudah bilang jumlah peserta.

"Sehinggalah rakannya memberitahu dia tiada di dalam bas, mujurlah pendidik itu mempunyai telefon dan saya menghubungi dia untuk menunggu di kawasan yang ditetapkan.

"Bagaimanapun untuk kembali ke sana mengambil masa kerana bas perlu membuat pusingan yang jauh dan jemaah terbabit terpaksa menunggu lama," katanya.