Golongan muda disaran menabung, jaga kesihatan

Iklan
MOHD NA'IM melepaskan peserta Taha Run 2025 di Serdang baru-baru ini. Foto FACEBOOK TABUNG HAJI

GOLONGAN muda dinasihatkan untuk membuat perancangan kewangan untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dan menjaga kesihatan diri bagi persediaan menunaikan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, amalan menabung secara konsisten menjadi kunci untuk merealisasikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

Iklan
Iklan

"Saya berharap semoga semua pendeposit cakna mengenai ibadah haji, sekali gus berazam untuk terus menjaga kesihatan dan kekal sihat untuk menunaikan haji nanti.

Program Taha Run 2025 yang bertemakan ‘Run For A Lifetime Journey’ disertai lebih 1,000 peserta berusia 18 hingga 25 tahun. Larian itu merangkumi dua kategori iaitu tiga dan lima kilometer, bertujuan memupuk kesedaran mengenai tabiat menabung, perancangan kewangan serta gaya hidup sihat. - Bernama

Iklan
Iklan