Restoran nasi kandar terlampau kotor diarah tutup serta-merta
Iklan
Keadaan lantai restoran nasi kandar yang kotor dan meloyakan.
BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada Selasa lalu.
Operasi berkenaan diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan MBSP serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara.
Iklan
Iklan
Pegawai Kesihatan MBSP melakukan peneriksaan di premis nasi kandar terbabit dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada Selasa.
MBSP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa premis berkenaan dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Akta Makanan 1983 selepas tahap kebersihan didapati berada pada paras membimbangkan.
"Sebanyak satu kompaun berjumlah RM1,000 turut dikenakan atas kesalahan kebersihan di bawah akta yang sama.
Iklan
"Selain itu, premis tersebut turut dikenakan satu lagi kompaun RM1,000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal memasang perangkap minyak yang boleh mencemarkan sistem perparitan awam,” menurut kenyataan MBSP menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.
Dalam pada itu, dua lagi kompaun masing-masing bernilai RM1,000 turut dikeluarkan bersama dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam serta kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, operasi bersepadu ini merupakan bukti komitmen pihak berkuasa dalam memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang sentiasa diberi keutamaan di premis makanan.
"MBSP akan terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan orang ramai tidak terjejas,” tambah kenyataan tersebut.
MBSP turut mengingatkan semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan sedia ada dan memastikan premis berada dalam keadaan bersih, selamat serta mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.