MPKj arah turun papan tanda iklan langgar peraturan

Iklan
Tangkap layar kenyataan MPKj pada Khamis.

KAJANG – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengarahkan pihak pengurusan bangunan sebuah premis perniagaan di kawasan pentadbirannya agar menurunkan papan tanda iklan secara serta-merta.

MPKj dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa tindakan itu diambil kerana premis berkenaan melanggar peraturan Undang-undang Kecil Iklan MPKj 2007, khususnya berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Premis tersebut tidak menggunakan bahasa kebangsaan atau menggunakan bahasa kebangsaan yang tidak mematuhi ukuran minimum iaitu 30 peratus berbanding bahasa lain,” katanya.

MPKj turut menjelaskan bahawa pihak pengurusan bangunan perlu memastikan sebarang pemasangan iklan di premis perniagaan dilakukan melalui permohonan lesen mengikut Undang-undang Kecil Iklan MPKj 2007.

Iklan

"Bagi permohonan papan tanda premis, pengesahan visual daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah satu dokumen wajib yang perlu diserahkan oleh pemohon kepada MPKj bagi tujuan kelulusan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, MPKj menegaskan bahawa peraturan berkaitan papan tanda perlu dipatuhi oleh semua peniaga dan pemilik premis perniagaan.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, semua iklan dan papan tanda pengiklanan tertakluk kepada undang-undang yang menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan, selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

"Berdasarkan undang-undang kecil tersebut, premis perlu mematuhi syarat seperti penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua iklan sama ada secara tunggal atau bersama bahasa lain.

"Bahasa kebangsaan juga hendaklah berukuran 30 peratus lebih besar daripada bahasa lain, dan diutamakan dari segi kedudukan pada papan tanda.

"Selain itu, bahasa kebangsaan yang digunakan mestilah menggunakan nahu dan struktur bahasa yang betul,” ujarnya.