Bukit Tagar lokasi strategik, praktikal ternakan babi
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung cadangan ladang babi dipindah ke Bukit Tagar secepat mungkin - Gambar kecil (Randolph Jerimiah)
SHAH ALAM – Cadangan untuk memindahkan industri penternakan babi ke Bukit Tagar disifatkan sebagai satu penyelesaian yang strategik dan praktikal.
Naib Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia, Randolph Jerimiah berkata, lokasi tersebut terletak jauh daripada kawasan petempatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia merupakan peluang untuk membangunkan kemudahan moden secara bersepadu termasuk sistem rawatan sisa kumbahan berpusat.
“Dengan kewujudan kemudahan moden, pemantauan berterusan dan penguatkuasaan yang berkesan, impak alam sekitar yang berkaitan dengan industri penternakan babi dapat dikawal serta dikurangkan dengan lebih berkesan.
Iklan
“Ia berbeza dengan sebelum ini (Tanjung Sepat). Pembangunan industri ini berlaku semasa perancangan am yang tidak mencukupi, khususnya dari segi kesesuaian guna tanah, kawalan pencemaran dan pengurusan sisa.
“Ini telah mengakibatkan pelbagai isu seperti pencemaran air dan bau yang memberi kesan negatif kepada kesejahteraan penduduk setempat,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Iklan
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Baginda bertitah, operasi sedia ada perlu dihentikan secara beransur-ansur dan seterusnya dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar, mengikut perancangan yang tersusun serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan.
Ketetapan itu dibuat selepas Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan.
Tambah Randolph, tidak dinafikan industri penternakan babi di Tanjung Sepat telah beroperasi selama lebih 30 tahun dan menyumbang kepada peluang ekonomi serta bekalan daging babi untuk pasaran domestik.
“Oleh sebab itu, proses perundingan yang terancang dengan pengusaha industri adalah penting.
“Pelan pemindahan yang jelas, berperingkat, dan terikat dengan tempoh masa perlu dibangunkan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan serta mengurangkan kesan kewangan dan operasi ke atas pengusaha sedia ada,” katanya.
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com