Jual tanah wakaf perbuatan durjana, umat Islam wajib ambil pengajaran

Iklan
TANAH yang diwakafkan pemilik untuk kegunaan umat Islam seperti pembinaan masjid, tanah perkuburan dan lain-lain haram dijual. Foto Canva

KEBELAKANGAN ini, isu mengenai tanah kerap ‘trending’ di media sosial, ada yang menanam pokok atau membuat binaan di atas tanah orang dan terkini ada yang menjual tanah yang telah diwakafkan untuk pembinaan masjid.

Tanah wakaf merupakan harta yang telah diwakafkan untuk kepentingan umat Islam seperti pembinaan masjid, sekolah, tanah perkuburan dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed menjelaskan, umat Islam wajib mengambil pengajaran daripada kes Masjid Jamek Ar-Ridzuan yang berlaku di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak itu.

PU SYED

Iklan

"Pertama saya nak menyatakan di sini, tanah yang telah diwakafkan tidak boleh dijual.

Menyambung hujahnya, beliau menambah, jika ada niat untuk mewakafkan harta untuk kegunaan umat Islam, segala urusan pertukaran hak milik untuk tujuan tersebut mesti melalui proses yang betul.

Iklan

"Mesti ada hitam putih berlakunya pertukaran (hak milik) tanah wakaf tersebut.

Menurutnya lagi, pihak berwajib perlu menyiasat orang yang menjual tanah wakaf itu dan dalam kes ini, ia telah menyebabkan malu besar kepada umat Islam.

TANAH yang telah diwakafkan adalah haram untuk dijual. Foto Canva

"Jika kita seorang yang beriman kepada ALLAH, tahu halal dan haram, mengapa kita melakukan perbuatan ini, menjual sesuatu yang telah diwakafkan?

Ia berdasarkan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak tumbuh setiap daging daripada harta yang haram, melainkan api neraka adalah lebih utama (untuk menyeksanya).” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Oleh itu katanya, beringatlah cucu-cucu dan para waris yang telah melakukan perbuatan ini.

"Kalian kena bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku,” katanya.

BERITA mengenai kutipan sebanyak RM1.8 juta bagi membeli tanah untuk Masjid Jamek Ar-Ridzuan.

Sebelum ini, media melaporkan tanah wakaf masjid berkenaan telah berpindah milik kepada seorang individu bukan Islam yang menetap di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan pihak pengurusan masjid.

Pemilik tanah memberikan dua pilihan kepada pihak masjid, iaitu membeli semula tanah tersebut dengan harga RM1.8 juta atau merobohkan semua struktur sedia ada di atasnya.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai tampil membuat kutipan sehingga mencecah hampir RM2 juta bagi tujuan membeli tanah berkenaan.