Mengail ikan di bendang, apa hukumnya?

Iklan
BOLEHKAH memancing di bendang milik orang lain?

AKTIVITI mengail ikan di bendang sudah menjadi budaya dalam masyarakat desa, terutamanya selepas musim menuai apabila air mula naik dan pelbagai spesies ikan darat mula memasuki kawasan sawah.

Ada yang mencari ikan untuk dijadikan lauk, tidak kurang juga menjadikannya sebagai aktiviti santai bersama keluarga.

Iklan
Iklan

Namun dalam keseronokan tersebut, timbul persoalan, apakah hukum mengambil atau mengail ikan di bendang menurut Islam?

Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle menjelaskan, hukum memancing ikan di dalam bendang milik orang lain itu bergantung kepada keadaan.

Iklan

DR ROZAIMI

“Saya tengok di Perlis, orang ramai suka mengail ikan puyu. Saya tengok ramai orang mengail ikan puyu.

Iklan

“Ini kerana ikan itu memang milik tuan tanah,” jelasnya dalam rakaman video di Facebooknya pada Khamis.

Tambahnya, jika ikan tersebut masuk ke dalam bendang tersebut dan bukan hak milik tuan bendang kerana ia datang dari tali air, ia dibolehkan.

JIKA ikan tersebut dibela tuan tanah, haram hukumnya memancing di dalam bendang tersebut.

Bagaimanapun katanya, kalau tuan tanah tidak izinkan untuk memancing di bendangnya, seseorang itu tidak boleh masuk ke sawah tersebut.

Sambung pendakwah itu lagi, jika tuan bendang tidak benarkan masuk tetapi kita masuk juga, seseorang itu dikira bersalah kerana masuk dalam tanah dia tanpa izin.

“Tapi ikan yang kita ambil (pancing) itu jadi milik kita kerana ikan itu memang ikan liar,” jelasnya.