Main daun terup tanpa bertaruh, apakah hukumnya?

Iklan
USTAZ AZHAR menasihatkan umat Islam agar meninggalkan permainan daun terup.

PERMAINAN kad daun terup sering dianggap aktiviti santai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terutamanya di rumah bujang.

Di asrama sekolah dan di kediaman pelajar kolej serta universiti juga tidak terkecuali bermain dengan permaian ini.

Iklan
Iklan

Semua sudah maklum bahawa bermain daun terup hukumnya haram jika disertakan dengan wang pertaruhan sebagai hadiah kemenangan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi soal jawab menjelaskan, hukum bermain daun terup tanpa adanya pertaruhan ialah makruh dan haram.

Iklan

USTAZ AZHAR

“Hukum bermain daun terup yang merupakan alat untuk berjudi, walaupun tidak berjudi boleh jadi makruh dan haram.

Iklan

“Pendapat pertama mengatakan ia makruh. Mengapa makruh dan tidak haram? Ini kerana ia tidak ada pertaruhan.

Ustaz Azhar kemudian menasihatkan orang ramai agar tidak bermain daun terup. Sebaliknya mengisi masa lapang dengan permainan yang lain yang bukan digunakan sebagai alat untuk berjudi.

TINGGALKAN daun terup yang dijadikan alat untuk berjudi, sebaliknya bermainlah permainan yang tidak melibatkan unsur perjudian. Foto Canva

“Daun terup ini dibuat untuk berjudi (yang merupakan perbuatan) derhaka kepada ALLAH.

“(Bagaimanapun) banyak lagi kedai di kampung yang menjual daun terup walaupun pemiliknya sudah pergi Makkah dua kali,” katanya.

Jelasnya, pendapat kedua pula mengatakan bermain daun terup itu hukumnya haram kerana ia perbuatan yang dilaknat ALLAH SWT.

Pesannya, jika (berpegang kepada hukum makruh dan) bermain daun terup juga, jangan bermain dengan berlebih-lebihan.

DIDIKLAH anak-anak untuk bermain permainan yang memberi manfaat untuk akal dan minda mereka. Foto Canva

“Ramai yang bermain daun terup ini walaupun tidak bertaruh, mereka sampaikan tidak kenal tangga masjid.

“Malah masuk waktu Maghrib pun masih bermain daun terup. Ada yang bermain daun terup dari usia muda hingga berumur 70 tahun,” katanya.