'Cameron Highlands bukan lagi hutan semula jadi tapi hutan plastik'

Iklan
Al-Sultan Abdullah (tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang sempena tinjauan ke kawasan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Sungai Klau. Foto Sinar Harian

RAUB -"Saya sedih apabila melihat dari udara, Lembah Bertam bukan lagi hutan semula jadi tapi hutan plastik,” titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah demikian ekoran kebimbangan dirinya terhadap Cameron Highlands susulan penerokaan berleluasa terhadap bukit-bukau di kawasan peranginan terkenal itu.

Iklan
Iklan

"Itu memang saya selalu ke Cameron Highlands dan bila saya terbang ke sana, saya berasa sedih kerana telah lalu atas Lembah Bertam, kita tengok macam bukan hutan lagi, hutan plastik saja.

"Jadi, itulah nasi dah jadi bubur dan mungkin satu kaedah baharu akan kita kaji dan perkenalkan kepada kerajaan.

Iklan

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan berangkat bercemar duli diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meninjau kawasan penguatkuasaan pokok durian musang king yang ditebang di Hutan Simpan Sungai Klau di sini pada Khamis.

Titahnya lagi, usaha pemutihan telah dilakukan tetapi masih ada terdapat aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.

Iklan

Dalam pada itu, baginda juga turut mengingatkan aktiviti lain seperti pemotongan bukit perlu dihentikan dan lombong-lombong emas atau apa sekalipun perlu juga diperhatikan.

"Saya harap semua pihak di peringkat daerah harus berwaspasa dan memberi informasi kepada pihak berkuasa untuk buat tindakan, bukan sebaliknya.

"Janganlah jadi boneka kepada mereka yang laksanakan aktivit haram ini. Itu satu pengkhianatan," tegas baginda lagi.